Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1995, program Sarjana Muda Sains Sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dengan pengarah Pusat Sukan yang pertama, Profesor Khoo Kay Kim dan Timbalan pengarah, encik Megat Ahmad Kamaluddin bin Megat Daud. Mahasiswa yang pertama mendaftar program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya ialah SAIDOL MUNTOH ( saidolm@yahoo.com ), pencipta forum SSM ini, nombor matrik V195001, kini bertugas sebagai pensyarah Sains Sukan Pra Universiti di SMK Putatan, Sabah dan sedang membuat penyelidikan Phd di Universiti Malaysia Sabah. Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA menawarkan diploma Sains Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. SEJARAH SAINS SUKAN MALAYSIA Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar- seminar Sains Sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Sains Sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini KINI dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan kini di peringkat STPM ( Pra U ).
KACAMATA SUKAN
Monday, November 28, 2011
Berita Harian Online | MPSM anggap Program Rintis Guru bermasalah
MAJLIS Pengetua Sekolah Malaysia (MSPM) menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan Program Rintis Guru bermula tahun depan.
Yang Dipertuanya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata pihaknya menyokong kenyataan itu kerana mendapati cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak sesuai.Beliau berkata, saranan JPA itu tidak wajar kerana ditambah keterbatasan kemudahan seperti tempat rehat, kantin, bilik darjah, padang dan dewan.
Berita Harian Online | MPSM anggap Program Rintis Guru bermasalah
Yang Dipertuanya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata pihaknya menyokong kenyataan itu kerana mendapati cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak sesuai.Beliau berkata, saranan JPA itu tidak wajar kerana ditambah keterbatasan kemudahan seperti tempat rehat, kantin, bilik darjah, padang dan dewan.
Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI
Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI
PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin.
Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika
tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu serta pertemuan dengan Bahrain itu.Namun Kim Swee dapat melihat sinar terang jauh di hujung terowong dan berharap barisan pemain sedia ada dikekalkan dalam membentuk tunjang Harimau Muda yang lebih mantap menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.
“Tak kisahlah sama ada saya masih jurulatih pasukan ini atau tidak, saya mahu lihat kesemua pemain ini dikekalkan sehingga 2014. Kita perlu dedahkan lagi mereka ini dengan latihan dan aksi antarabangsa, bukan saja di Eropah, malah di Amerika Latin.
“Ini kerana, daripada pemain yang beraksi semalam (kelmarin), hanya Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh akan melebihi had usia dan tidak boleh beraksi pada Sukan Asia 2014 tetapi yang lain masih layak.”
Kim Swee berkata, Sukan SEA 2013 akan menjadi ujian awal skuad Harimau Muda kini untuk tampil lebih garang di Incheon 2014.
“Dengan 11 pemain dari skuad Sukan SEA Jakarta masih layak beraksi di Myanmar 2013, serta Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat, saya yakin tiada masalah kita ke final dan mempertahankan pingat emas,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.
Pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 ialah Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack (20 tahun), Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven (19 tahun), Syahrul Azwari Ibrahim (18 tahun) dan Nazmi Faiz Mansor (17 tahun). Izzaq Faris Ramlan, 21, yang cedera dan terpaksa berehat enam bulan, juga dapat beraksi pada Sukan SEA 2013.
Selepas berakhir tempoh tiga minggu cukup memeritkan, Kim Swee hanya memberi rehat seminggu kepada anak-anak buahnya sebelum kembali berkumpul, Isnin depan untuk siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Sydney, Australia, 10 Disember.
Ia akan disusuli penyertaan pada Liga Singapura 2012 bermula Februari depan serta baki tiga aksi Kelayakan Olimpik.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Korbanemas/Article
PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin.
Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika
“Tak kisahlah sama ada saya masih jurulatih pasukan ini atau tidak, saya mahu lihat kesemua pemain ini dikekalkan sehingga 2014. Kita perlu dedahkan lagi mereka ini dengan latihan dan aksi antarabangsa, bukan saja di Eropah, malah di Amerika Latin.
“Ini kerana, daripada pemain yang beraksi semalam (kelmarin), hanya Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh akan melebihi had usia dan tidak boleh beraksi pada Sukan Asia 2014 tetapi yang lain masih layak.”
Kim Swee berkata, Sukan SEA 2013 akan menjadi ujian awal skuad Harimau Muda kini untuk tampil lebih garang di Incheon 2014.
“Dengan 11 pemain dari skuad Sukan SEA Jakarta masih layak beraksi di Myanmar 2013, serta Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat, saya yakin tiada masalah kita ke final dan mempertahankan pingat emas,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.
Pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 ialah Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack (20 tahun), Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven (19 tahun), Syahrul Azwari Ibrahim (18 tahun) dan Nazmi Faiz Mansor (17 tahun). Izzaq Faris Ramlan, 21, yang cedera dan terpaksa berehat enam bulan, juga dapat beraksi pada Sukan SEA 2013.
Selepas berakhir tempoh tiga minggu cukup memeritkan, Kim Swee hanya memberi rehat seminggu kepada anak-anak buahnya sebelum kembali berkumpul, Isnin depan untuk siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Sydney, Australia, 10 Disember.
Ia akan disusuli penyertaan pada Liga Singapura 2012 bermula Februari depan serta baki tiga aksi Kelayakan Olimpik.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Korbanemas/Article
WHITE WATER RAFTING
SEJARAH WHITE WATER RAFTING
Arung
Jeram merupakan sebuah sukan mencabar yang sangat berbahaya, tapi itu, bagi
orang yang masih belum mengenalinya. Sejak zaman purba kala manusia yang
mendiami bumi ini lebih banyak tinggal di kawasan di mana terdapat sungai.
Dalam meneruskan hidupnya manusia selalu mengharungi sungai-sungai untuk
mencari bahan makanan atau lain. Peralatan yang mereka gunakan adalah
benda-benda yang terdapat di sekitar mereka seperti, batang pokok yang diikat
banyak sebagai peralatan untuk mengapung. Ada juga yang membuat bot dari batang
pokok yang besar di mana batang pokok tersebut kemudian dijadikan sebagai
perahu. Suku di Canada pada zaman dahulu telah memulakan pengembangannya, lalu
orang-orang Carib Indian mengembangkannya dan menamakannya Pirogue, sedangkan
orang primitif biasa menyebutnya Dug Out Canoe. Orang-orang Maoris dari New
Zealand mengembangkan Dug Out Canoe dan digunakan untuk mengangkut pasukan
tempur mereka. Sementara suku Kwakiuti Indian daei Vancouver, Canada menghiasi
perahu mereka dengan ukiran yang indah. Bark Out Canoe adalah pembangunan dari
Dug Out Canoe, di mana dibuat dari sambungan papan-papan oleh orang Indian
Amerika Utara. Orang Eskimo mencipa Skin Covered Craft iaitu perahu yang
dibungkus dengan kulit binatang agar tidak
basah.
Akhirnya
pada abad 19 seorang pengasas bernama John Macgregor mengembangkan kendaraan
air ini untuk rekreasi dan sukan. Zaman terus berkembang, orang tertarik akan
keindahan dan lingkungan sungai dan terus mengembangkan kegiatan ini. Material
perahu ini juga berkembang hingga ke plastik, aluminium, fiberglass dan getah
digunakan.
Seterusnya orang mula
berfikir bagaimana caranya agar dapat mengharungi sungai dengan kenderaan yang
boleh menampung penumpang lebih banyak . Setelah perang dunia II selesai, bot
angkatan laut milik Amerika mula digunakan untuk mengharungi sungai. Namun
perahu ini direka untuk merentasi lautan, bukanlah untuk di jeram. Arung jeram
dilakukan dengan menggunakan perahu bulat yang disebut “Basket Boat” kerana bentuknya
seakan-akan bakul. Perahu ini selalu penuh dengan air bahkan hanya dengan
melalui jeram kecil. Sampai saat ini perahu jenis ini masih digunakan pada
sungai yang mudah.
Pada tahun 1950, sebagai
aktiviti rekriasi yang mula digemari, ciri-ciri perahu dipertingkatkan. Maka
bermulalah penghasilan perahu khusus untuk arung jeram dengan bentuk khusus
yang naik dibahagian depan dan belakangnya dengan material yang lebih kuat dan
boleh mengangkut orang dan bekalan lebih banyak.
Sehingga tahun 1983,
para pengarung jeram tidak mempunyai pilihan lain selain menimba air keluar
perahu setelah melalui jeram. Para pengarung jeram sering mengalami “mimpi
buruk” bila harus kehilangan “timba alias baldi” untuk menimba perahu.
Setelah beberapa macam
perahu dicuba, tahun 1983 perahu boleh mengeluarkan air sendiri disebut “Self
Bailer” berjaya dihasilkan oleh Jim Cassady. Kunci kejayaan perahu ini adalah
lantainya yang diberi angin. Lantai yang mengandungi udara ini akan selalu mengapung
di atas permukaan air sehingga dengan sendirinya air keluar melalui lubang
disekeliling tingkat perahu.
PENGENALAN WHITE WATER RAFTING
"... Elemen yang
pertama dan yang paling penting dalam selamat berakit merupakan pengiktirafan
had anda dalam kemahiran dan pengalaman .Memberi perhatian untuk belajar apa
yang anda tidak boleh menjalankan adalah lebih penting daripada pembelajaran
apa yang anda boleh . Sungai helah yang banyak; belajar dengan berhati-hati ...
" (Raymond Bridge).
Arung
jeram adalah suatu aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram
dengan menggunakan peralatan tertentu. Antara peralatan yang digunakan ialah
perahu getah, kayak, kano dan dayung. Tujuan melakukan aktiviti arung jeram boleh
dilihat dari sisi sukan, rekreasi dan ekspedisi.Jadi dengan demikian kita boleh
definisikan bahawa aktiviti Arung Jeram (White Water Rafting) merupakan aktiviti
mengharungi sungai berjeram, Arung jeram sebagai sukanberkumpulan, ianya sangat
bergantung pada suatu pasukan secara keseluruhan.
Kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang
menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai. Tidak dapat dibafikan bahawa Arung Jeram merupakan
sukan rekriasi yang penuh risiko (high risk sport). Namun demikian, setiap
orang mampu melakukannya ,asalkan dia dalam keadaan baik dari segi pemahaman
teknikal, kemampuan mental dan fizikal. Jadi, arung jeram adalah sukan rekriasi
yang menuntut kepada kemahiran. Untuk itu ianya sangat memerlukan masa untuk
berkembang. Perkembangan ke arah mencapai kemampuan yang efektif, hanya mungkin
apabila mempelajari sifat-sifat sungai, serta bersedia melatih diri di tempat
itu, mengembangkan pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai, berlatih mendayung, berkayuh di sungai.
Implikasinya boleh mengembangkan kemampuan fizikal, agar mencapai dalam keadaan
yang maksimum.
Hal
lain yang patut diingat, adalah berlatih cara-cara menghadapi keadaan kecemasan
di sungai. Hal ini penting untuk melatih kesediaan, kemampuan dan kepercayaan
diri, apabilamenghadapinya. Tema makalah ini memperkenalkan selok-belok yang
asas dari sukan rekriasi arung jeram dengan mengkhususkan penggunaan perahu getah dan peralatannya. Selain itu
seseorang dapat mempelajari keadaan sungai dan teknikal arung jeram serta
menghadapi keadaan apabila berlakunya kecemasan.
AKTIVITI
WHITE WATER RAFTING DI MALAYSIA
Antara
lokasi rafting di Malaysia ialah :
White Water
Rafting @ Kampar River (Gopeng, Perak)
White Water Rafting @ Padas River (Sabah,
Borneo)
White Water Rafting @ Kiulu River (Sabah, Borneo)
White Water Rafting @ Liwagu River (Sabah, Borneo)
White Water Rafting @ Slim River (Perak)
White Water Rafting @
Jeram Besu, Pahang
PERALATAN
Peralatan
dan kelengkapan yang digunakan dalam arung jeram dibezakan mengikut keperluan
kumpulan dan masa mengharungi sungai, iaitu sebagai berikut:
PERAHU GETAH
(INFLATABLE RAFT)
Perahu
getah (Inflatable Raft) merupakan keperluan sukan rekriasi arung jeram,ianya
diperbuat dari bahan getahsintetik sedemikian rupa sehingga kuat tetapi tetap
elastik. Hal ini bertujuan untuk menahan dari tercalar diantaraperlanggaran
batu-batu sungai. Bentuk dan rancangan bahagian hadapan dan belakang dibuat
menlengkung dan naik ke atas supaya air tidak mudah masuk dan mampu menjaga kestabilan
perahu ketika melalui ombak besar. Biasanya perahu terdiri daripada beberapa
bahagian tabung angin, hal ini dimaksudkan apabila salah satu tabung perahu
bocor / pecah, maka untuk suatu masa tertentu perahu masih boleh terapung.
DAYUNG
Dayung
sebagai alat kayuh pada sukan rekriasi arung jeram. Ianya diperbuat daripada fiberglass dan aluminium. Dayung yang
digunakan oleh peserta, panjangnya adalahdiantara 4,5 - 6 kaki.
PAM
ANGIN
Pam
yang digunakan untuk mengisi tabung angin perahu harus sentiasa dibawa pada
saat mengharungi sungai. Penyediaan pam mestilah ada untuk mengawal kandungan
angin dalam perahu peserta.
TALI
Perahu
getah mempunyai tali jenis karmantle sepanjang 40 meter yang digunakan sebagai:
tumpuan kaki dan keselamatan
PETA
SUNGAI
Digunakan
pada sungai yang pertama kali dilalui oleh seseorang, selain itu seseorang itu
boleh mengetahui keadaan sungai serta merancang perjalanan yang selamat untuk
dilalui.
KELENGKAPAN
PERIBADI
PELAMPUNG
Jenis
pelampung yang baik untuk arung jeram adalah pelampung yang sesuai dengan saiz
postur tubuh, ia mengandungi gabus tebal (boleh berfungsi sebagai penahan perlanggarandiantara
benda keras). Untuk langkah berjaga-jaga menghadapi keadaan kecemasan, perlu
dipertimbangkan mengenai penggunaan pelampung dengan tambahan di bahagian
belakang kepala, agar kepala tetap terapung, apabila ketika tidak sedarkan
diri.
PAKAIAN
(LIFE JACKET)
Pakaian
yang sesuai untuk aktivitiberarung jeram adalah pakaian yang membolehkan kita
sentiasa selesa dalam melakukan pergerakan.
ALAS
KAKI
Untuk
melindungi kaki dari terluka, gunakan jenis kasut yang boleh melindungi keseluruhan
kaki, tetapi pergelangan kaki masih boleh bergerak bebas, termasuklah
memudahkan seseorang itu untuk berenang.
HELM
(PELINDUNG KEPALA)
Mengharungi
sungai berjeram dengan susunan batu yang tidak teraturan atau sungai dengan lavel
kesukaran yang tinggi, pelindung kepala wajib digunakan. Tujuannya untuk melindungi
kepala daripada bertembungan dengan benda keras. Helm yang baik juga mestilah
ringan, tahan air dan tidak mengganggu pandangan ataupunpergerakan.
SURVIVAL
KIT
Perlengkapan
survival, mestilah sentiasa dibawa, tetapi tidak mengganggu gerakan kita. Survaival
kit terdiri dari pisau lipat, dll. Seperti yang dinyatakan, tempoh masa
mengharungi sungai juga mempengaruhi barangsurvaival kit yang perlu dibawa.
Antara keperluan yang perlu dibawa semasa merentasi jeram yang penjang ialah:
1.
Handy talky untuk komunikasi dengan pasukan.
2.
Container kalis air
3.
Bahan makanan
SUNGAI
Ianya
memerlukan latihan yang kerap dan berulang-ulang untuk menjadi mahir dalam
membaca dan memahami selok belok mengenai watak sungai. Bagaimanapun bagi arung
jeram suatu pengertian mengenai sifat dan dinamik sungai penting untuk
diketahui.
DEFINISI
JERAM
Jeram
adalah bahagian sungai dimana air mengalir dengan deras dan pantas dan
bertaburan di antara banyak batu dari berbagai saiz dan seakaligus membentuk
ombak dan arus balik. Hal yang paling sukar ketika mengharungi sungai adalah
pada saat meredahi jeram. Tapi disitulah kegembiraan biasanya muncul.
FAKTOR
PENYEBAB TERJADINYA JERAM
Secara
umum ada 4 faktor penyebabnya:
volume
air menunjukkan saiz jumlah air yang melalui satu titik tertentu di sungai
dalam unit masa yang tertentu. ukurannya cfs (cubiqfeets per second). data
mengenai kelantangan air penting untuk diketahui, bilamana kelantangan air
tinggi atau rendah, sehingga boleh memastikan sama ada sungai boleh diharungi
atau tidak. keadaan terbaik mengharungi sungai ketika kelantangan mencapai 800
- 10.000 cfs. biasanya saiz volume air boleh dianggap sebagai tinggi air dan
kekuatan aliran sungai.
SKALA
KESUKARAN ALIRAN SUNGAI (GRADIENT)
Skala
kesukaran aliran sungai menunjukkan nilai rata-rata penurunan dalam suatu jarak
tertentu. Setiap sungai pada jarak tertentu mempunyai tahap kesukaran yang
berbeza. Kadang tajam dan sebaliknya mendatar. Kecuraman boleh dianggap sebagai
petunjuk kasar tingkat kesulitan dan kelajuan alur aliran sungai.Sungai dengan
peringkat kecuraman lebih kecil daripada 10 kaki per batu biasanya alirannya
lambat dan mudah untuk dilalui, sebaliknya bila mencapai 20 kaki atau lebih satu
batu baisanya arusnya deras, berbahaya dan sukar untuk dilalui.
TONJOLAN DASAR SUNGAI (ROUGHNESS)
susunan
batu atau tonjolan pada dasar sungai yang tidak teratur mengakibatkan ombak
aliran arus sungai. Semakin tak beraturan susunan batu di dasar sungai, semakin
besar pusaran (pusingan air ke hilir).
PENYEMPITAN
LEBAR PENAMPANG SUNGAI (CONSTRICTION)
Penyempitan
lebar penampang sungai, disebabkan oleh hakisan dan kejadian alam yang lain.
Semakin sempit aliran sungai, semakin deras arus air mengalir.
KOMPONEN
JERAM
Sebahagian dari jeram, terdiri daripada
beberapa komponen, seperti berikut:
1.
LIDAH AIR (THE TONGUE)
Terbentuk
daripada dua alur yang terbantut batu dan bertemu membentuk huruf Terbentuk
dari dua alur yang terhambat batu dan bertemu membentuk huruf ‘V’ yang mengarah
ke hilir. Biasanya setelah melalui lidah air, pada hujung lidah air akan diikuti
oleh ombak besar yang teratur. yang mengarah ke hilir. Apabila terdapat lebih
daripada satu lidah air, maka yang terbesar merupakan laluan utama yang
sebaiknya dipilih.
lidah air
2.
OMBAK BERDIRI (STANDING
WAVES)
perlanggaran
akhir arus kuat yang mengalir ke bawah dengan arus lambat yang mengalir secara
mendatar di dasar sungai membentuk gelombang ke atas yang kekal dan yang
disebut sebagai Rangkaian ombak berdiri, bermula dengan ombak yang lebih besar
dan tinggi yang beransur-ansur menjadi rendah. Selagi perahu melalui bahagian
ini, usahakan bahagian haluan masuk dalam kedudukan lurus dan dayung mundur
akan membantu perahu masuk melalui ombak yang seterusnya. Jika terpaksa
melakukan ferry, maka elakkan ketika perahu dalam kedudukan naik, dengan kata
lain ferry dilakukan saat perahu menuruni ombak.ombak berdiri. Ombak berdiri
yang mencapai ketinggian lebih daripada 3 meter disebut haystacks.Perlu
diketahui, bahawa deretan ombak yang curam dan bahagian puncaknya berpecah,
sebaiknya dielakkan kerana ombak sangat kuat, tetapi ombak dengan puncak yang
relatif mendatar merupakan alur yang selamat, sebab perahu boleh naik di
atasnya.
3.
ARUS BALIK (REVERSAL /
HOLES / STOPPER)
Menggambarkan
aliran sungai yang mengayun ke atas dan berputar ke belakang dengan sendirinya.
Secara umum terdapat 3 bentuk arus balik seperti berikut:
1. Disebabkan
oleh batu yang berada di bawah permukaan air dan menghalang aliran air,
mengakibatkan permukaan berputar ke belakang dari bawah. Reversal ini menghasilkan
buih-buih yang tersebar dan mengalir ke atas dan mendatar ke bawah. Reversal
kecil ini, boleh sementara menahan bot untuk berhenti, tetapi reversal besar
boleh membuat perahu terbalik
2. Hydraulic,
merupakan reversal yang disebabkan oleh aliran yang turun secara menegak. Jenis
reversal ini hampir sama dengan reversal di atas, tapi daya putarnya lebih
kuat. Hydraulic sangat berbahaya, kerana boleh membalikkan perahu dan
menenggelamkan seseorang.
3. Back Curling Standing
Wave, merupakan reversal yang hujung lidah
bergelombang melengkung ke belakang. Arus balik ini dengan mudah dapat
membalikkan perahu. Biasanya gelombang bentuk ini berpasangan dan ombak pertama
dapat mengangkat perahu dan ombak seterusnya membalikkannya perahu.
4.
PUSARAN AIR / ARUS
BALIK (EDDIES)
Menunjukkan
suatu tempat, di sebalik batu di mana arus sungai berhenti dan mengalir ke arah
hulu. Kawasan ombak antara suatu pusaran air dengan arus ke hilir biasanya
ditandai dengan air yang melingkar dan bergelembung dan ini biasa disebut
sebagai garis atau batas pusaran air / eddies. Jika tenaga pusarannya begitu
kuat, maka batas pusaran menjadi pusingan ombak yang berbahaya kerana dapat
menarik perahu berputar dan terbalik. Pusaran air banyak dijumpai di air yang
mengalir cepat secara beralun dan dihadang batu .
5.
SELEKOH (BENDS)
Selekoh
sungai perlu dipelajari kerana merupakan asas untuk memasuki selekoh jeram yang
terletak di antara sela batu. Pada selekoh sungai, arus yang cepat dan aliran
yang dalam terdapat pada lingkaran bahagian luar selekoh sungai, antara lain
akibat adanya kekuatan centrifugal, kerananya permukaan
aliran arus yang melencong dengan cepat, sebaiknya yang dilalui bahagian
dalamnya. Perahu yang terperosok dan terlanjur masuk ke ke aliran tepi selekoh
sungaitidak ada pilihan lain untuk keluar dan baisanya akan terhempas atau
melanggar bahagian tepi sungai.
6.
AIR CETEK(SHALLOWS)
Kerap kali dijumpai pada penampang sungai yang
melebar, memaksa awak perahu untuk memilih dan mencari dengan pelbagai cara dan
hati-hati, untuk memilih pelbagai jalur untuk laluan. Ketika sedang melihat
pelbagai jalur di antara air cetek, maka yang perlu diingat sebagai petunjuk
bahawa permukaan air dengan ombak yang besar biasanya menunjukkan aliran / alur
sungai yang terdalam dan mempunyai arus yang cepat, masuklah ke pusat ini.Jika
suatu tepi sungai permukaannya tinggi, sedang yang lain rendah, maka laluan
yang dipilih terletak mendekati tepi yang tinggi. Tempat-tempat yang perlu
dielakkan adalah dimanaaliran sungai yang berombak kecil-kecil, kerana
merupakan tanda yang kuat bahawa tempat tersebut cetek.
SKALA
TINGKAT KESUKARAN SUNGAI
Dengan
pengetahuan tentang sifat dan dinamik sungai di atas maka dengan segera kita
boleh mengatisipasi pada masa tertentu, apabila kita berada dalam kesulitan.
Keadaan yang mengatakan bahawa sungai berjeram itu sukar atau tidak,
ditunjukkan melalui skala tingkat kesukaran sungai. Pada masa ini terdapat 2
skala yang dikenali dalam sukan arung jeram, iaitu:
INTERNATIONAL SCALE
Angka
ukurannya adalah I sehingga VI ,I = mudah dan VI = amat sukar dan tidak mungkin
dilalui. Nombor skala kesukaran ini hanya
digunakan di sungai-sungai Amerika Utara dan juga Eropah.
WESTERN SCALE
Angka
skala ini diperkenalkan oleh penguasa Grand Canyon di Amerika iaitu Doc
Marston.Ukurannya berkisar 1 sd 10. Angka skala ini umumnya hanya digunakan di
sungai bahagian Barat Amerika, salah satunya Colorado.
INTERNATIONAL SCALE
|
WESTERN SCALE
|
DESCRIPTION
|
0
|
I
|
air mendatar dan tenang
|
1 -2
|
II
|
Ombak
beralun kecil, mudah dan tidak ada rintangan / halangan yang bererti.
Lintasan jalur / alur sungai sangat jelas
|
3-4
|
III
|
tingkat
kesulitan jeram agak sederhana, sedang, dan laluan jalur / alur sungai sangat
jelas. Memerlukan pengalaman yang cukup ditambah peralatan dan bot yang
mencukupi.
|
5-6
|
IV
|
Sulit,
ombak beralun tinggi dan tak beraturan, berbatu-batu, banyak pusaran air,
jeram berlintasan sangat jelas tapi sempit. Untuk mengharunginya diperlukan
keahlian meng-kendalikan perahu.
|
7-8
|
V
|
Sangat
sukar, aliran sungai berjeram panjang dan berturut-turut dan berombak kuat,
tak beraturan dan banyak batuan yang membahayakan, pusaran air yang
berbuih-buih, lintasan sukar diintai.Diperlukan kawalan yang tepat dan
cepat.Diutamakan awak perahu yang berpengalaman dan kelengkapan yang terbaik
.
|
9-10
|
VI
|
Teramat
sangat sukar, jeramnya sukar dikawal berbahaya dan berturut-turut sepanjang
jarak tertentu.Diantara peserta tidak ada kesempatan saling menyapa, kerana
bila-bila masa dihadapi arus berbahaya, aliran yang sangat curam.keadaaan
seperti ini sangat memerlukan kemahiran dan kelengkapan yang terbaik . Seluruh
peserta perlu berhati-hati.
|
U
|
Sama sekali tidak mungkin
dilalui.
|
PENGETAHUAN
ASAS ARUNG JERAM
Kemahiran
arung jeram memerlukan masa untuk berkembang. Kemampuan membaca sifat sungai
semata-mata tidak hanya bergantung kepada keupayaan intelektual, tetapi juga
seringnya mempelajari dan mengharungi sungai itu sendiri. Dengan kata lain,
kemampuan mengendalikan perahu memerlukan pengertian dan pemahaman tentang
segala teknik mendayung dan banyak latihan. Jadi pada asasnya merupakan
gabungan antara pengetahuan teori dan pengalaman.Bagi yang baru berkecimpung,
sungai yang tenang merupakan pilihan tempat berlatih,ansur maju dengan
meningkatkan pada sungai yang lebih sukar.
TEKNIK
MENDAYUNG
Secara
am perahu getah dikendalikan dengan dua cara:
1.
Hanya seorang yang mendayung dengan dua buah dayung panjang. Pendayung itu
sekaligus berfungsi sebagai kapten di perahu tersebut. Sistem ini disebut OAR
TECHNIQUES.
2.
Seluruh pesrta mendayung dan seorang sebagai kapten. Sistem ini disebut
PADDLERAFT TECHNIQUES.
MENGATUR
POSISI DUDUK PADA PERAHU GETAH
Duduk di perahu getah sebenarnya tidak ada
peraturan, kerana bergantung dari rasa keseimbangan dan kemudahan yang ada pada
setiap peserta. Namun begitu cara duduk yang dikenali selama ini ada dua:
Pertama dengan duduk seperti menunggang kuda (Cowboy style) di mana kedua-dua
kaki menjepit lingkaran tabung hawa perahu. Cara kedua adalah seperti orang
perempuan duduk membonceng motosikal, di mana kedua-dua kaki masuk ke bahagian
dalam perahu.
Bagi
peserta yang memilih duduk dengan cara cowboy style harus selalu berhati-hati
dan akan menarik kaki bahagian luar ke dalam ketika perahu akan melanggar batu.
Pada tetapan kedudukan peserta dibahagikan agar kekuatan seimbang diantara
kedua-dua sisi bot, dan apabila jumlahnya ganjil, maka ada yang duduk
dibelakang perahu dan bertindak sebagai kapten dan memandu, mengarahkan bot
ketika satu sisi atau lain mendayung tidak serentak.
GERAK
DAN ARAH MENDAYUNG
Dalam
mendayung tidak perlu berlebihan tanpa arah yang tepat. Tetapi apabila
diperlukan tambahan kelajuan, maka masukkan daun dayung ke dalam air dan kayuh
dengan tenaga penuh. Pada masa ini otot perut dan tangan diggunakan untuk
mendapatkan tenaga yang optimum dan berkesan.
DAYUNG
MAJU (FORWARD STROKES)
Dimulakan
dengan menolak daun dayung ke muka dengan tangan sebelah luar. Kemudian tahan
seketika kedudukan ini dengan kuat dorong pegangan dayung ke muka untuk menekan
daun dayung dalam-dalam ke air. Teruskan mendayung dengan menolak pegangan
sekaligus menarik gagang dayung, dengan mempertahankan daun pendayung pada
sudut yang benar sehingga dayung berada di bawah punggung. Keluarkan daun
dayung dan main daun dayung sejajar permukaan air. Ulangi lagi. Ini sering
disebut dengan dayung kuat. Jenis mendayung maju lain adalah dengan meletakkan
dayung lebih ke luar.
DAYUNG
BALIK (BACK STROKE)
Kebalikan
dari forward stroke. Celupkan daun dayung ke dalam air sehingga jauh ke
belakang punggung, kemudian sokong gagang kemuka sambil menarik pegangan ke
belakang dan gerakan ini berakhir ketika daun dayung berada pada kedudukan awal
dayung maju.
DAYUNG
TARIK (DRAW STROKE)
dilakukan
dengan daun dayung dicedok jauh ke tepi dan kemudian tarik ke arah perahu
dengan lurus.
DAYUNG
MENYAMPING (PRY STROKE)
Merupakan
pelengkap untuk mengendalikan perahu dan biasanya dilakukan kapten yang duduk
di bahagian belakang untuk mengendalikan perahu.
ARAHAN
DAN KAPTEN
arung
jeram memerlukan tindakan dan keputusan yang cepat dan tepat kerana setiap perahu memerlukan seorang pemimpin / kapten
untuk menyeragamkan tindakan secara seluruh. Seorang kapten tidak perlu harus
mempunyai status atau kekuatan tertentu, tapi harus pandai membaca situasi sungai,
dia merupakan seorang ketua, yang bertindak mengendalikan perahu melalui Arahan-Arahan.
Yang paling sesuai apabila semua mendapat peserta diberi peluang menjadi
kapten.Bagi pemula, menjadi kapten bererti mempercepatkan proses peningkatan
kemampuan dan kemahiran berarung jeram. Memandangkan perlunya komunikasi yang
seragam antara peserta dengan kapten, secara sepakat perlu diluluskan adanya arahan
semula jelas dan ringkas:
1.
Maju, semua mendayung maju.
2.
Kuat, semua mendayung kuat.
3.
Dayung balik, semua mendayung balik.
4.
Belok kanan, sebelah kanan mendayung balik, sebelah kiri mendayung maju.
5.
Belok kiri, sebelah kiri mendayung balik, sebelah kanan mendayung maju.
6.
Tarik kanan, sebelah kanan dayung tarik, sebelah kiri dayung menyamping.
7.
Tarik kiri, sebelah kiri dayung tarik, sebelah kanan dayung menyamping.
8.
Tahan, (hanya sesuai digunakan oleh ketua sahaja)
Selain
itu ada 2 jenis arahan lain yang digunakan pada saat tertentu, iaitu ketika
kapten mahukan perahu bergerak ke kiri atau ke kanan dengan cepat dengan hidung
perahu bergerak lebih ke luar lagi. Kedua-dua macam arahan tersebut:
1.Pancung
kanan, sebelah kiri dayung maju kuat, pendayung hadapan maju ke hidung perahu
dan melakukan dayung kuat kearah kanan perahu, sebelah kanan dayung tarik.
2.Pancung
kiri, sebelah kanan dayung maju kuat, pendayung hadapan maju sampai hidung
perahu dan melakukan dayung kuat ke arah kiri perahu, sebelah kiri dayung
tarik.
Untuk
menyatakan pendayung berhenti mendayung, kapten boleh melaungkan arahan stop
atau berhenti.
Manuver
perahu
merupakan
teknik asas manuver. Digunakan ketika melalui selekoh sungai dan mengelakkan
halangan / rintangan jeram. Ada 2 jenis arahan perahu, haluan menuju ke hulu
(Bow Upstream ferry) dan haluan menghala ke hilir (Bow Downstream ferry). Bow
Upstream ferry dilakukan dengan dayung maju dan mengarah kedudukan perahu ke
hulu dengan sudut 45 darjah, terhadap aliran arus dan perahu akan menuju arah
yang diingini. Sebaliknya Bow Downstream ferry dilakukan dengan dayung balik
dan mengarahkan belakang ke hulu dengan sudut 45 darjah ke arah tempat yang
dikehendak
Jika
kelajuan perahu ke hilir ingin dikurangkan, maka lakukan Bow Upstream ferry
dengan sudut kurang daripada 45 darjah dan sebaliknya memperbesarkan sudut
hingga tepat atau mendekati aliran alur sungai. Umumnya sudut ferry sebanyak 45
darjah adalah sudut optimum. Sudut ferry adalah sudut antara perahu dengan arah
aliran sungai bukan dengan tepi sungai. Pada alirana air yang perlahan mungkin
melakukan ferry lurus memotong aliran arus air, tetapi dengan arus cepat,
kebanyakan usaha memotong aliran arus dilakukan dengan ferry bersudut ox sampai
45 darjah.
PENGINTAIAN
(SCOUTING)
pengintaian
untuk melihat jeram yang belum dikenali, selelu dipandang sebagai tindakan yang
bijaksana. Pengintaian beberapa jeram meliputi pencarian tempat mendarat yang
selamat, bebas dari air yang menyukarkan. Semua dilakukan dengan berjalan
sepanjang tepi sungai untuk mengetahui dan mencari bagaimana kesukaran dan
bahaya yang mungkin akan berlaku apabila melakukan aktiviti arung jeram..
Pentingnya
melakukan pemantauan terhadap situasi sungai berjeram kerana ia berkaitan
dengan beberapa faktor penentu untuk memutuskan untuk merentasi jeram tertentu
atau tidak. Adapun factor tersebut adalah seperti berikut:
1.
Panjang, kesukaran dan bahaya jeram yang berkaitan.
2.
Bagaimana sifat-sifat air yang berada di bawah jeram.
3.
Kesanggupan dan kemampuan peserta untuk menyelamatkan diri pada jeram yang
sukar.
4.
Persiapan mental secara keselurukan.
PERANCANAAN
JALUR (PLANNING A COURSE)
Sebelum
merentasi jeram, tentukan laluan mana yang mungkin dipilih, kerana apabila
diperhatikan dengan teliti terdapat banyak alur jeram yang secara langsung
merupakan rintangan yang perlu dielakkan. Pilih pusat yang paling mudah. Dengan
merentasi suatu laluan jeram yang tepat, bererti jeram yang dilalui tersebut
tidak perlu dengan melakukan dayungan secara berlebihan. Cukup mengikuti
kelajuan aliran arus air yang ada pada jeram tersebut.Pada aliran yang
bertenaga kuat, minimumkan usaha manuver, kerana dayungan cenderung
memepercepat keadaan perahu terbalik. Sebab akhir dari aliran arus yang kuat
membentuk ombak dan gelombang yang tinggi.
Dalam
memutuskan suatu jalur tetentu, risiko melakukan kesalahan perlu diambil kira.
Kerap kali setelah kita menentukan suatu jalur, berkali-kali harus diamati dari
mulut hingga kaki lidah air.Setelah berjaya melalui aliran di antara batu-batu,
maka jalur-jalur aliran tersebut dipelajari dan diingat kembali untuk digunakan
sebagai panduan dalam aktiviti pengarungan seterusnya.
MENGHADAPI
KEADAAN SUKAR
Suatu
keadaan kecemasan dalam sukan arung jeram disebabkan beberapa perkara seperti
berikut:
Melanggar
batu yang muncul di permukaan air, umumnya jarang mengakibatkan perlanggaran
bila diatasi dengan cepat dan tidak panik. Jika pertembungan dengan batu tidak
mungkin dielakkan, maka arahkan haluan ke batu tersebut. Akibat dari tindakan ini,
perahu akan terhenti seketika. Lakukan langkah-langkah keselamatan dengan
kedudukan siap mendayung untuk keluar dari situasi berbahayake sebelah hulu.
TERPERANGKAP
DI BATU (WARPER)
Apabila
perahu melanggar batu di sebelah kiri / kanan maka seluruh peserta dari sisi
lain harus segera berpindah ke sisi di mana perahu itu melekat di batu.
Dorongan arus yang kuat dari hulu akan mengengkat naik perahu dan menolak
perahu untuk bergerak.
TERBALIK
Bila
perahu akan terbalik, waspada dan hati-hatilah terhadap bahaya seterusnya, baik
terhadap benda-benda keras di dalam perahu atau batu itu sendiri. Jika perahu
akibat dari pertembungan itu terbalik, maka peserta perlu melompat ke arah yang
bebas dan selamat. Bagi peserta yang tidak dapat akan lepas dari perahu yang
terbalik, tertutup dalam bahagian perahu yang terbalikAkan keluarlah pada
situasi seperti ini, sehingga akan terhindar dari pertembungan batu bahagian
bawah yang tidak kelihatan.
NOTA:
Bila melanggar batu dengan haluan di muka, reaksi dan respon orang-orang mestilah
berpindah ke bahagian tengah, dengan demikian perahu akan terhindar dari terbalik
atau terangkat melekat pada batu.
Perahu
yang terbalik dan tidak boleh dikembalikan ke posisi semula dengan ringan /
mudah, maka tali dan tenaga aliran sungai dari hulu boleh membantunya, dan ini
dilakukan setelah perahu tidak dari aliran arus yang kuat dan berjeram.
Peserta perlu naik ke sisi perahu yang
menghala ke hulu. Setelah perahu disengetkan dengan bantuan tali arus sungai
dari bahagian hulu akan membantu mendorong bahagian bawah supaya mudah diterbalikkan
semula.
BERENANG DI
JERAM
Bila pesertaterjatuh dari perahu, buat isyarat
agar diketahui oleh rakan yang lain.Berenanglah ke arah tepi atau ke arah
perahu. Posisi berenang yang betul pada sungai yang berjeram dan berbatu iaitu
dengan muka menghadap ke hilir. Tetapi pada jeram tanpa batu, kedudukan
berenang adalah mendatar di atas perut seperti biasa. Bagaimanapun ketika
berenang perlu memperhatikan rintangan atau halangan batu di depan, mengambil
kira arah arus agar dapat menghindar terhadap rintangan seterusnya.
Label:
rekriasi
Lokasi:
Keningau, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)