UJIAN KUASA.
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa dapat
didefinisikan sebagai suatu kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang pantas
dan kuat dengan menggunakan masa yang paling minimum. Dari aspek fisiologi,
kuasa merupakan hasil keupayaan otot menguncup dalam masa yang singkat. Ianya
melibatkan gabungan antara kekuatan otot dan juga kepantasan kuncupan otot.
PENGENALAN UJIAN KUASA.
Sargent ( 1921 ), telah mencipta satu ujian kuasa untuk mengukur kuasa
otot kaki. Ujian ini dikenali sebagai ujian lompat sargent. Ujian ini
telah dimuatkan ke dalam artikel Sargent yang berjudul ‘The Physical Test Of
A Man’ (petikan Johnson dan Nelson, 1986).
Pada tahun 1928, Bovard dan Cozens telah menggunakan leap meter
untuk mengukur lompat menegak. Mereka mengendalikan penyelidikan terhadap
kebarangkalian ujian lompat sargent sebagai perbandingan kepada kebolehan atlet
dalam acara olahraga.
Me Cloy ( 1932 ), telah menggunakan ujian lompat sargent untuk
mengukur prestasi atlet dalam acara olahraga. Beliau mendapati ada kolerasi antara ujian lompat
sargent dengan beberapa acara sukan seperti lompat tinggi, lompat jauh, lari
pecut 1(50 ela dan lontar peluru).
Seorang lagi penyelidik bernama Dewson (1945), telah membuktikan bahawa
peningkatan kuasa individu adalah berkadar terus dengan peningkatan umur dari
peringkat awal ke pertengahan umur. Selepas tempoh itu, prestasi kuasa akan
menurun (petikan Johnson dan Nelson, 1986).
Ujian kuasa Margaria oleh Margaria, Aghemo dan Rovelli (1966), telah
memperkenalkan satu ujian untuk mengukur kuasa anaerobik alaktik. Dalam ujian
ini subjek dikehendaki berlari deras menaiki anak tangga yang setiap satunya
setinggi 175 mm (jarak menegak) seberapa pantas yang boleh. Masa akan diambil
antara anak tangga keempat hingga anak tangga kelapan (petikan Baumgartner dan
Jackson, 1991).
OBJEKTIF UJIAN
- Mengetahui dan dapat menerangkan konsep kuasa dengan jelas terhadap jenis-jenis ujian kuasa yang telah dijalankan.
- Mengeunakan alat pengukuran kuasa dengan kaedah yang betul dan bersistematik.
- Memilih dan melaksanakan ujian kuasa mengikut kesesuaiannya terhadap bidang sukan yang diceburi.
- Mengumpul dan menganalisa data hasil daripada keputusan yang diperolehi.
- Mempraktikkan ujian kuasa dalam pengendalian kelas Pendidikan Jasmani.
- Mengendali dan menguruskan ujian-ujian kuasa dengan tersusun, kemas dan terancang.
LIMITASI UJIAN KUASA.
- Kecekapan organisasi dan kemahiran penguji semasa mengendalikan ujian memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi keputusan ujian. Kemahiran menggunakan peralatan dan teknik ujian adalah penting untuk menjamin kesahan data yang dikumpulkan.
- Tidak tepat semasa mendapat maklumat, mencatat dan melaporkan data bacaan juga boleh mempengaruhi keputusan ujian.
- Ralat mungkin wujud dalam pengukuran dan pengumpulan data hasil daripada kesilapan manusia dan penggunaan alat pengukur yang tidak piawai.
- Tahap kesihatan dan kecergasan dari segi psikologi serta fisiologi individu turut mempengaruhi keputusan ujian.
- Keikhlasan dan kesungguhan subjek ketika menjalankan ujian akan mempengaruhi keputusan ujian.
- Faktor persekitaran juga memberi kesan kepada keputusan yang bakal diperolehi.
Motivasi daripada rakan sebaya
boleh mempengaruhi hasil dapatan yang sebenar akan tetapi tahap motivasi yang
diberi perlu dikawal agar semua subjek diuji dalam keadaan yang sama