Tuesday, November 15, 2011

Latihan Tekanan

Definisi Latihan Tekanan

Tekanan adalah gerakbalas atau kebangkitan yang memerlukan tenaga yang berlebihan daripada normal. Tekanan digunakan untuk mengenal rangsangan seperti tekanan alam sekitar, orang luar, dan pihak atasan. Sementara yang lain pula menggunakan tekanan untuk tindakbalas dengan seluruh keadaan. Hans Selye (1956) mentakrif tekanan sebagai satu penggunaan secara paksa atau sistem pemaksaan yang mendorong ketegangan tubuh.

Jenis-Jenis Tekanan

1.   Tekanan tugas iaitu cara individu menyesuaikan diri daripada input yang keterlaluan

2.   Tekanan persekitaran iaitu cara individu bertindakbalas kepada tekanan persekitaran

3.   Tekanan optimum iaitu tekanan yang memandu seseorang untuk memilih hasil usaha yang lebib cemerlang

Cara-Cara Mengatasi Tekanan

Easterbrook (1959) telah membuat kajian mengenal tingkat pencapaian seseorang ke atas tugas primernya sama ada bertambah baik atau masih kekal di tahap asal atau menurun apabila bertambahnya kecekapan, sementara tingkat pencapalan sekunder menurun. Untuk mengkaji hipotesis tersebut beliau telah menggunakan 10 orang yang berpengalaman dan 10 orang yang tidak berpengalaman untuk menembak. Mula-mula diadakan peringkat tembakan biasa atau rendah dan kemudian beralih kepada tingkat tembakan yang lebih kompleks iaitu menembak sekali dengan ujian pendengaran. Hasilnya beliau mendapati tiada perbezaan di atara tingkat pencapaian tugas sekunder di antara mereka yang berpengalaman dengan mereka yang tidak berpengalaman. Walau bagaimanapun mereka yang terlebih dahulu menjalani latihan, menembak dengan lebih baik daripada mereka yang tidak menjalani latihan.

Maksudnya, menerusi latihan yang dilkuti, seseorang itu dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik dan berkesan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti latihan. Ini adalah kerana tekanan yang mereka hadapi adalah rendah malah tiada langsung manakala mereka yang tidak mengikuti latihan akan menghadapi tekanan dan adakalanya tingkat tekanannya tinggi hingga dia tidak dapat melakukan tugas atau aktivitinya dengan baik.

Pendedahan yang berulang kali kepada tekanan mental dan emosi akan menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam setengah-setengah gerakbalas tekanan. Akan tetapi untuk mendapatkan penyesuaian ml memerlukan masa dan lama atau tidak masa itu bergantung pula kepada kekerapan pendedahan yang diberikan. Pendedahan kronik ke atas tekanan selalunya mengakibatkan adaptasi ke atas tekanan tersebut. Jika seseorang itu dapat mengadaptasi terhadap pendedahan kronik seperti pelaziman fizikal, ada bukti mengatakan Ia dipindah kepada rangsangan yang lain. Tetapi jika seseorang itu tidak menyesuaikan diri kepada rangsangan kronik, maka akan terdapat perbezaan gerakbalas dengan gerakbalas-gerakbatas yang lain. Pendedahan kronik yang sering ke atas rangsangan seperti persepsi individu ke atas gerakbalas rangsangan-rangsangan akan memberi pengaruh sama ada positif atau negatif terhadap kesihatan.
Jika seseorang itu dapat mengatasi apa jua bentuk tekanan yang timbul, tidak ada sebab mengapa dia tidak menghasilkan Sesuatu yang menguntungkannya. Kesan utama yang dapat dilihat daripada penyesuaian tekanan ml ialah tingkat pencapajan dan prestasi meningkat. Dalam aktiviti pendidikan jasmani dan sukan peringkat ml adalah panting dan sangat perlu. Yang kalah akan menentukan sama ada corak latihan dan bentuk kejurulatihan yang diberi bersesualan dapat diterima oleh semua, menguntungkan atau sebaliknya.


Konsep Latihan Tekanan
1.   Latihan Tekanan adalah latihan fizikal yang lebih menumpukan kepada latihan daya tahan dan pembinaan kemahiran yang bertahap tinggi
2.   Dalam melaksanakan latihan ini tekanan dapat membantu pelatih mengatasi kelemahan-kelemahan kemahiran disamping dapat memperkembangkan kebolehan dan strategi permainannya
3.   Latihan ini perlu dirancang dengan rapi supaya semua pelatih mendapat kesan latihan yang maksima
4.   Biasanya aktiviti latihan tekanan dipilih berdasarkan permainan yang ditetapkan

Objektif Latihan Tekanan
1.   Untuk meningkat dan mengekalkan kemampuan anaerobik
2.   Untuk meningkatkan kelembutan, ketangkasan, kekuatan dan kelajuan secara keseluruhan
3.   Untuk meningkatkan daya tahan otot tertentu
4.   Untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran dalam situasi permainan
5.   Untuk mempercepatkan lagi sistem tenaga dalam tubuh badan. Sistem tenaga yang dominan             
      untuk latihan tekana ATP – PC.





Prinsip-Prinsip Latihan Tekanan
Difahami bahawa sesuatu organisma tidak boleh meningkatkan prestasinya kecuali melalul satu peringkat latihan tekanan seperti berikut:­
I.          menambahkan kecepatan perlakuan
II.        menambahkan had beban
III.       menambahkan had masa dalam satu latihan atau aktiviti
Iv.        menambahkan bilangan perbuatan dalam sesuatu aktiviti


Kesan Fisiologi Latihan Tekanan
1.  Keberkesanan beban kerja yang berlainan akan memberi kesan kepada seseorang yang berlainan. Jikalau anda hendak menambahkan kekuatan dan daya tahan, anda haruslah menambahkan (113) tekanan aktiviti biasa

2.    Bergantung kepada fungsi yang berlainan dan respon badan kepada variasi peratusan bebanan 'overload'

Latihan tekanan secara -ansur maju bermakna tekanan yang kecil 'small stressor' dikenakan diperingkat awal ianya beransur maju meningkat mengikut keperluan individu secara sistematik. Peningkatan melalul latihan ml adalah hash daripada respon tekanan berdasarkan jadual di atas.

Tekanan-tekanan dari 3 arah di bawah (Rajah A) akan memyebabkan perubahan fisiologi seseorang atlit Tekanan yang diberikan kepada atlit akan menyebabkan perubahan fisiologi seperti berikut;

a.    Bertambahnya glikogen dalam darah
b.   Bertambahnya 'adrenal secretion'
C.   'Parasympathetic shutdown"
d.   Pengaliran darah
Seseoarang atlit yang sihat lazimnya tidak akan menghadapi ulcers,
sakit jantung dan masalah dalam sistem pengaliran darah.
            



Emosi
Rajah A
Tekanan Dan Respon
Mengikut Dr. Hans Selye1 3 peringkat respon kepada tekan adalah;
1.  “Alarm" - apabila tekanan dikenakan mekanisma tindakbalas dirangsangkan menyebabkan bertambahnya
a.    Kadar denyutan nadi
b.   'Elevated' gula dalam darah
C.   'Redistribution of blood flow"
2.     Adaptasi - apabila tekanan berterusan, mekanisma (a, b,c) di atas dipulihkan dan    meningkatkan kapasiti perlakuan
3.      "Exhaustion" - jika tekanan berlarutan terlalu lama akan menyebabkan 'exaustion', kecederaan, penyakit dan juga kematian

Persediaan Rancangan Latihan Tekanan dan Keselamatan
Dalam memulakan rancangan latihan tekanan beberapa persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengkaji keperluan-keperluan penting dari segi tempat, peralatan dan jumlah ulangan, jadual latihan, bilangan peserta, oorak latihan tekanan dan sebagainya. Persediaan ml adalah penting kerana penyusunan organisasi dan jadual latihan tekanan dapat dirangka dan menjamin latihan tekanan berjalan dengan lancar dan selamat. Antara faktor yang perlu diambil kina dalam persediaan latihan tekanan adalah seperti berikut: -
                   1.      mengenalpasti tahap umur peserta dan jantina mereka
2.    mengetahui tahap kecergasan peserta
3.    mengetahul tahap kemahiran yang ada
4.    memastikan alat yang digunakan sesual dan selamat
5.    mengenalpasti tempat pelaksanaan aktiviti dari segi kesesuaiannya




   6.      membuat penilaian keatas aktiviti
   7.      menetapkan jangkamasa latihan dan ulangannya
   8.      memastikan arahan adalah tepat dan jelas
   9.      menyediakan alat pertolongan cemas
  10.     menyediakan alat yang sesuai mengikut umur dan saiz badan
         11.      mengadakan tunjukcara yang betul

Prosedur Latihan Tekanan
1.    Aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan sebagai persediaan latihan. De Vries (1966) berpendapat memanaskan badan akan dapat menaikkan suhu badan dan otot dan seterusnya meningkatkan prestasi. Ia juga dapat mengelakan daripada kecederaan dan kekejangan otot
2.    Pastikan aktiviti yang dipilih akan menghasilkan tekanan
3.    Gerak kerja aktiviti hendaklah dilakukan berterusan dengan ulangan yang telah ditetapkan
4.    Aktiviti boleh dijalankan dalam dua kumpulan atau Iebih
5.    Tiap-tiap peIatih menjalani latib tubi tekanan berterusan secara bergilir-gilir








1 comment:

ulasan