Monday, November 28, 2011

Sejarah Sains Sukan

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1995, program Sarjana Muda Sains Sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dengan pengarah Pusat Sukan yang pertama, Profesor Khoo Kay Kim dan Timbalan pengarah, encik Megat Ahmad Kamaluddin bin Megat Daud. Mahasiswa yang pertama mendaftar program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya ialah SAIDOL MUNTOH ( saidolm@yahoo.com ), pencipta forum SSM ini, nombor matrik V195001, kini bertugas sebagai pensyarah Sains Sukan Pra Universiti di SMK Putatan, Sabah dan sedang membuat penyelidikan Phd di Universiti Malaysia Sabah. Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA menawarkan diploma Sains Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. SEJARAH SAINS SUKAN MALAYSIA Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar- seminar Sains Sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Sains Sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini KINI dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan kini di peringkat STPM ( Pra U ).

Berita Harian Online | MPSM anggap Program Rintis Guru bermasalah

MAJLIS Pengetua Sekolah Malaysia (MSPM) menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan Program Rintis Guru bermula tahun depan.

Yang Dipertuanya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, berkata pihaknya menyokong kenyataan itu kerana mendapati cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak sesuai.
Beliau berkata, saranan JPA itu tidak wajar kerana ditambah keterbatasan kemudahan seperti tempat rehat, kantin, bilik darjah, padang dan dewan.
Berita Harian Online | MPSM anggap Program Rintis Guru bermasalah

Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI

Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI

PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin. 

Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika
tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu serta pertemuan dengan Bahrain itu.Namun Kim Swee dapat melihat sinar terang jauh di hujung terowong dan berharap barisan pemain sedia ada dikekalkan dalam membentuk tunjang Harimau Muda yang lebih mantap menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Tak kisahlah sama ada saya masih jurulatih pasukan ini atau tidak, saya mahu lihat kesemua pemain ini dikekalkan sehingga 2014. Kita perlu dedahkan lagi mereka ini dengan latihan dan aksi antarabangsa, bukan saja di Eropah, malah di Amerika Latin.

“Ini kerana, daripada pemain yang beraksi semalam (kelmarin), hanya Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh akan melebihi had usia dan tidak boleh beraksi pada Sukan Asia 2014 tetapi yang lain masih layak.”

Kim Swee berkata, Sukan SEA 2013 akan menjadi ujian awal skuad Harimau Muda kini untuk tampil lebih garang di Incheon 2014.
“Dengan 11 pemain dari skuad Sukan SEA Jakarta masih layak beraksi di Myanmar 2013, serta Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat, saya yakin tiada masalah kita ke final dan mempertahankan pingat emas,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 ialah Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack (20 tahun), Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven (19 tahun), Syahrul Azwari Ibrahim (18 tahun) dan Nazmi Faiz Mansor (17 tahun). Izzaq Faris Ramlan, 21, yang cedera dan terpaksa berehat enam bulan, juga dapat beraksi pada Sukan SEA 2013.

Selepas berakhir tempoh tiga minggu cukup memeritkan, Kim Swee hanya memberi rehat seminggu kepada anak-anak buahnya sebelum kembali berkumpul, Isnin depan untuk siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Sydney, Australia, 10 Disember.

Ia akan disusuli penyertaan pada Liga Singapura 2012 bermula Februari depan serta baki tiga aksi Kelayakan Olimpik.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Korbanemas/Article

World Sports Calendar

World Sports Calendar

WHITE WATER RAFTING



SEJARAH WHITE WATER RAFTING
Arung Jeram merupakan sebuah sukan mencabar yang sangat berbahaya, tapi itu, bagi orang yang masih belum mengenalinya. Sejak zaman purba kala manusia yang mendiami bumi ini lebih banyak tinggal di kawasan di mana terdapat sungai. Dalam meneruskan hidupnya manusia selalu mengharungi sungai-sungai untuk mencari bahan makanan atau lain. Peralatan yang mereka gunakan adalah benda-benda yang terdapat di sekitar mereka seperti, batang pokok yang diikat banyak sebagai peralatan untuk mengapung. Ada juga yang membuat bot dari batang pokok yang besar di mana batang pokok tersebut kemudian dijadikan sebagai perahu. Suku di Canada pada zaman dahulu telah memulakan pengembangannya, lalu orang-orang Carib Indian mengembangkannya dan menamakannya Pirogue, sedangkan orang primitif biasa menyebutnya Dug Out Canoe. Orang-orang Maoris dari New Zealand mengembangkan Dug Out Canoe dan digunakan untuk mengangkut pasukan tempur mereka. Sementara suku Kwakiuti Indian daei Vancouver, Canada menghiasi perahu mereka dengan ukiran yang indah. Bark Out Canoe adalah pembangunan dari Dug Out Canoe, di mana dibuat dari sambungan papan-papan oleh orang Indian Amerika Utara. Orang Eskimo mencipa Skin Covered Craft iaitu perahu yang dibungkus dengan kulit binatang agar tidak  basah.
Akhirnya pada abad 19 seorang pengasas bernama John Macgregor mengembangkan kendaraan air ini untuk rekreasi dan sukan. Zaman terus berkembang, orang tertarik akan keindahan dan lingkungan sungai dan terus mengembangkan kegiatan ini. Material perahu ini juga berkembang hingga ke plastik, aluminium, fiberglass dan getah digunakan.
Seterusnya orang mula berfikir bagaimana caranya agar dapat mengharungi sungai dengan kenderaan yang boleh menampung penumpang lebih banyak . Setelah perang dunia II selesai, bot angkatan laut milik Amerika mula digunakan untuk mengharungi sungai. Namun perahu ini direka untuk merentasi lautan, bukanlah untuk di jeram. Arung jeram dilakukan dengan menggunakan perahu bulat yang disebut “Basket Boat” kerana bentuknya seakan-akan bakul. Perahu ini selalu penuh dengan air bahkan hanya dengan melalui jeram kecil. Sampai saat ini perahu jenis ini masih digunakan pada sungai yang mudah.
Pada tahun 1950, sebagai aktiviti rekriasi yang mula digemari, ciri-ciri perahu dipertingkatkan. Maka bermulalah penghasilan perahu khusus untuk arung jeram dengan bentuk khusus yang naik dibahagian depan dan belakangnya dengan material yang lebih kuat dan boleh mengangkut orang dan bekalan lebih banyak.
Sehingga tahun 1983, para pengarung jeram tidak mempunyai pilihan lain selain menimba air keluar perahu setelah melalui jeram. Para pengarung jeram sering mengalami “mimpi buruk” bila harus kehilangan “timba alias baldi” untuk menimba perahu.
Setelah beberapa macam perahu dicuba, tahun 1983 perahu boleh mengeluarkan air sendiri disebut “Self Bailer” berjaya dihasilkan oleh Jim Cassady. Kunci kejayaan perahu ini adalah lantainya yang diberi angin. Lantai yang mengandungi udara ini akan selalu mengapung di atas permukaan air sehingga dengan sendirinya air keluar melalui lubang disekeliling tingkat perahu.

PENGENALAN WHITE WATER RAFTING
"... Elemen yang pertama dan yang paling penting dalam selamat berakit merupakan pengiktirafan had anda dalam kemahiran dan pengalaman .Memberi perhatian untuk belajar apa yang anda tidak boleh menjalankan adalah lebih penting daripada pembelajaran apa yang anda boleh . Sungai helah yang banyak; belajar dengan berhati-hati ... " (Raymond Bridge).
Arung jeram adalah suatu aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. Antara peralatan yang digunakan ialah perahu getah, kayak, kano dan dayung. Tujuan melakukan aktiviti arung jeram boleh dilihat dari sisi sukan, rekreasi dan ekspedisi.Jadi dengan demikian kita boleh definisikan bahawa aktiviti Arung Jeram (White Water Rafting) merupakan aktiviti mengharungi sungai berjeram, Arung jeram sebagai sukanberkumpulan, ianya sangat bergantung pada suatu  pasukan secara keseluruhan. Kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu  boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai. Tidak  dapat dibafikan bahawa Arung Jeram merupakan sukan rekriasi yang penuh risiko (high risk sport). Namun demikian, setiap orang mampu melakukannya ,asalkan dia dalam keadaan baik dari segi pemahaman teknikal, kemampuan mental dan fizikal. Jadi, arung jeram adalah sukan rekriasi yang menuntut kepada kemahiran. Untuk itu ianya sangat memerlukan masa untuk berkembang. Perkembangan ke arah mencapai kemampuan yang efektif, hanya mungkin apabila mempelajari sifat-sifat sungai, serta bersedia melatih diri di tempat itu, mengembangkan pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai,  berlatih mendayung, berkayuh di sungai. Implikasinya boleh mengembangkan kemampuan fizikal, agar mencapai dalam keadaan yang maksimum.
Hal lain yang patut diingat, adalah berlatih cara-cara menghadapi keadaan kecemasan di sungai. Hal ini penting untuk melatih kesediaan, kemampuan dan kepercayaan diri, apabilamenghadapinya. Tema makalah ini memperkenalkan selok-belok yang asas dari sukan rekriasi arung jeram dengan mengkhususkan penggunaan  perahu getah dan peralatannya. Selain itu seseorang dapat mempelajari keadaan sungai dan teknikal arung jeram serta menghadapi keadaan apabila berlakunya kecemasan.


AKTIVITI WHITE WATER RAFTING DI MALAYSIA
Antara lokasi rafting di Malaysia ialah :
White Water Rafting @ Selangor River, (KKB, Selangor)
White Water Rafting @ Jeram Besu, Pahang

PERALATAN
Peralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam arung jeram dibezakan mengikut keperluan kumpulan dan masa mengharungi sungai, iaitu sebagai berikut:
PERAHU GETAH (INFLATABLE RAFT)
Perahu getah (Inflatable Raft) merupakan keperluan sukan rekriasi arung jeram,ianya diperbuat dari bahan getahsintetik sedemikian rupa sehingga kuat tetapi tetap elastik. Hal ini bertujuan untuk menahan dari tercalar diantaraperlanggaran batu-batu sungai. Bentuk dan rancangan bahagian hadapan dan belakang dibuat menlengkung dan naik ke atas supaya air tidak mudah masuk dan mampu menjaga kestabilan perahu ketika melalui ombak besar. Biasanya perahu terdiri daripada beberapa bahagian tabung angin, hal ini dimaksudkan apabila salah satu tabung perahu bocor / pecah, maka untuk suatu masa tertentu perahu masih boleh terapung.
DAYUNG
Dayung sebagai alat kayuh pada sukan rekriasi arung jeram. Ianya diperbuat daripada  fiberglass dan aluminium. Dayung yang digunakan oleh peserta, panjangnya adalahdiantara 4,5 - 6 kaki.
PAM ANGIN
Pam yang digunakan untuk mengisi tabung angin perahu harus sentiasa dibawa pada saat mengharungi sungai. Penyediaan pam mestilah ada untuk mengawal kandungan angin dalam perahu peserta.

TALI
Perahu getah mempunyai tali jenis karmantle sepanjang 40 meter yang digunakan sebagai: tumpuan kaki dan keselamatan
PETA SUNGAI
Digunakan pada sungai yang pertama kali dilalui oleh seseorang, selain itu seseorang itu boleh mengetahui keadaan sungai serta merancang perjalanan yang selamat untuk dilalui.

KELENGKAPAN PERIBADI
PELAMPUNG
Jenis pelampung yang baik untuk arung jeram adalah pelampung yang sesuai dengan saiz postur tubuh, ia mengandungi gabus tebal (boleh berfungsi sebagai penahan perlanggarandiantara benda keras). Untuk langkah berjaga-jaga menghadapi keadaan kecemasan, perlu dipertimbangkan mengenai penggunaan pelampung dengan tambahan di bahagian belakang kepala, agar kepala tetap terapung, apabila ketika tidak sedarkan diri.

PAKAIAN (LIFE JACKET)
Pakaian yang sesuai untuk aktivitiberarung jeram adalah pakaian yang membolehkan kita sentiasa selesa dalam melakukan pergerakan.
ALAS KAKI
Untuk melindungi kaki dari terluka, gunakan jenis kasut yang boleh melindungi keseluruhan kaki, tetapi pergelangan kaki masih boleh bergerak bebas, termasuklah memudahkan seseorang itu  untuk berenang.
HELM (PELINDUNG KEPALA)
Mengharungi sungai berjeram dengan susunan batu yang tidak teraturan atau sungai dengan lavel kesukaran yang tinggi, pelindung kepala wajib digunakan. Tujuannya untuk melindungi kepala daripada bertembungan dengan benda keras. Helm yang baik juga mestilah ringan, tahan air dan tidak mengganggu pandangan ataupunpergerakan.





SURVIVAL KIT
Perlengkapan survival, mestilah sentiasa dibawa, tetapi tidak mengganggu gerakan kita. Survaival kit terdiri dari pisau lipat, dll. Seperti yang dinyatakan, tempoh masa mengharungi sungai juga mempengaruhi barangsurvaival kit yang perlu dibawa. Antara keperluan yang perlu dibawa semasa merentasi jeram yang penjang ialah:
1. Handy talky untuk komunikasi dengan pasukan.
2. Container kalis air
3. Bahan makanan

SUNGAI
Ianya memerlukan latihan yang kerap dan berulang-ulang untuk menjadi mahir dalam membaca dan memahami selok belok mengenai watak sungai. Bagaimanapun bagi arung jeram suatu pengertian mengenai sifat dan dinamik sungai penting untuk diketahui.
DEFINISI JERAM
Jeram adalah bahagian sungai dimana air mengalir dengan deras dan pantas dan bertaburan di antara banyak batu dari berbagai saiz dan seakaligus membentuk ombak dan arus balik. Hal yang paling sukar ketika mengharungi sungai adalah pada saat meredahi jeram. Tapi disitulah kegembiraan biasanya muncul.
FAKTOR PENYEBAB TERJADINYA JERAM
Secara umum ada 4 faktor penyebabnya:
volume air menunjukkan saiz jumlah air yang melalui satu titik tertentu di sungai dalam unit masa yang tertentu. ukurannya cfs (cubiqfeets per second). data mengenai kelantangan air penting untuk diketahui, bilamana kelantangan air tinggi atau rendah, sehingga boleh memastikan sama ada sungai boleh diharungi atau tidak. keadaan terbaik mengharungi sungai ketika kelantangan mencapai 800 - 10.000 cfs. biasanya saiz volume air boleh dianggap sebagai tinggi air dan kekuatan aliran sungai.

SKALA KESUKARAN ALIRAN SUNGAI (GRADIENT)
Skala kesukaran aliran sungai menunjukkan nilai rata-rata penurunan dalam suatu jarak tertentu. Setiap sungai pada jarak tertentu mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Kadang tajam dan sebaliknya mendatar. Kecuraman boleh dianggap sebagai petunjuk kasar tingkat kesulitan dan kelajuan alur aliran sungai.Sungai dengan peringkat kecuraman lebih kecil daripada 10 kaki per batu biasanya alirannya lambat dan mudah untuk dilalui, sebaliknya bila mencapai 20 kaki atau lebih satu batu baisanya arusnya deras, berbahaya dan sukar untuk dilalui.
TONJOLAN DASAR SUNGAI (ROUGHNESS)
susunan batu atau tonjolan pada dasar sungai yang tidak teratur mengakibatkan ombak aliran arus sungai. Semakin tak beraturan susunan batu di dasar sungai, semakin besar pusaran (pusingan air ke hilir).
PENYEMPITAN LEBAR PENAMPANG SUNGAI (CONSTRICTION)
Penyempitan lebar penampang sungai, disebabkan oleh hakisan dan kejadian alam yang lain. Semakin sempit aliran sungai, semakin deras arus air mengalir.
KOMPONEN JERAM
 Sebahagian dari jeram, terdiri daripada beberapa komponen, seperti berikut:
1.                  LIDAH AIR (THE TONGUE)
Terbentuk daripada dua alur yang terbantut batu dan bertemu membentuk huruf Terbentuk dari dua alur yang terhambat batu dan bertemu membentuk huruf ‘V’ yang mengarah ke hilir. Biasanya setelah melalui lidah air, pada hujung lidah air akan diikuti oleh ombak besar yang teratur. yang mengarah ke hilir. Apabila terdapat lebih daripada satu lidah air, maka yang terbesar merupakan laluan utama yang sebaiknya dipilih.
lidah air
2.                  OMBAK BERDIRI (STANDING WAVES)
perlanggaran akhir arus kuat yang mengalir ke bawah dengan arus lambat yang mengalir secara mendatar di dasar sungai membentuk gelombang ke atas yang kekal dan yang disebut sebagai Rangkaian ombak berdiri, bermula dengan ombak yang lebih besar dan tinggi yang beransur-ansur menjadi rendah. Selagi perahu melalui bahagian ini, usahakan bahagian haluan masuk dalam kedudukan lurus dan dayung mundur akan membantu perahu masuk melalui ombak yang seterusnya. Jika terpaksa melakukan ferry, maka elakkan ketika perahu dalam kedudukan naik, dengan kata lain ferry dilakukan saat perahu menuruni ombak.ombak berdiri. Ombak berdiri yang mencapai ketinggian lebih daripada 3 meter disebut haystacks.Perlu diketahui, bahawa deretan ombak yang curam dan bahagian puncaknya berpecah, sebaiknya dielakkan kerana ombak sangat kuat, tetapi ombak dengan puncak yang relatif mendatar merupakan alur yang selamat, sebab perahu boleh naik di atasnya.

3.                  ARUS BALIK (REVERSAL / HOLES / STOPPER)
Menggambarkan aliran sungai yang mengayun ke atas dan berputar ke belakang dengan sendirinya. Secara umum terdapat 3 bentuk arus balik seperti berikut:
1.    Disebabkan oleh batu yang berada di bawah permukaan air dan menghalang aliran air, mengakibatkan permukaan berputar ke belakang dari bawah. Reversal ini menghasilkan buih-buih yang tersebar dan mengalir ke atas dan mendatar ke bawah. Reversal kecil ini, boleh sementara menahan bot untuk berhenti, tetapi reversal besar boleh membuat perahu terbalik

2.      Hydraulic, merupakan reversal yang disebabkan oleh aliran yang turun secara menegak. Jenis reversal ini hampir sama dengan reversal di atas, tapi daya putarnya lebih kuat. Hydraulic sangat berbahaya, kerana boleh membalikkan perahu dan menenggelamkan seseorang.

3.      Back Curling Standing Wave, merupakan reversal yang hujung lidah bergelombang melengkung ke belakang. Arus balik ini dengan mudah dapat membalikkan perahu. Biasanya gelombang bentuk ini berpasangan dan ombak pertama dapat mengangkat perahu dan ombak seterusnya membalikkannya perahu.
4.                  PUSARAN AIR / ARUS BALIK (EDDIES)
Menunjukkan suatu tempat, di sebalik batu di mana arus sungai berhenti dan mengalir ke arah hulu. Kawasan ombak antara suatu pusaran air dengan arus ke hilir biasanya ditandai dengan air yang melingkar dan bergelembung dan ini biasa disebut sebagai garis atau batas pusaran air / eddies. Jika tenaga pusarannya begitu kuat, maka batas pusaran menjadi pusingan ombak yang berbahaya kerana dapat menarik perahu berputar dan terbalik. Pusaran air banyak dijumpai di air yang mengalir cepat secara beralun dan dihadang batu .
5.                  SELEKOH (BENDS)
Selekoh sungai perlu dipelajari kerana merupakan asas untuk memasuki selekoh jeram yang terletak di antara sela batu. Pada selekoh sungai, arus yang cepat dan aliran yang dalam terdapat pada lingkaran bahagian luar selekoh sungai, antara lain akibat adanya kekuatan centrifugal, kerananya permukaan aliran arus yang melencong dengan cepat, sebaiknya yang dilalui bahagian dalamnya. Perahu yang terperosok dan terlanjur masuk ke ke aliran tepi selekoh sungaitidak ada pilihan lain untuk keluar dan baisanya akan terhempas atau melanggar bahagian tepi sungai.
6.                  AIR CETEK(SHALLOWS)
 Kerap kali dijumpai pada penampang sungai yang melebar, memaksa awak perahu untuk memilih dan mencari dengan pelbagai cara dan hati-hati, untuk memilih pelbagai jalur untuk laluan. Ketika sedang melihat pelbagai jalur di antara air cetek, maka yang perlu diingat sebagai petunjuk bahawa permukaan air dengan ombak yang besar biasanya menunjukkan aliran / alur sungai yang terdalam dan mempunyai arus yang cepat, masuklah ke pusat ini.Jika suatu tepi sungai permukaannya tinggi, sedang yang lain rendah, maka laluan yang dipilih terletak mendekati tepi yang tinggi. Tempat-tempat yang perlu dielakkan adalah dimanaaliran sungai yang berombak kecil-kecil, kerana merupakan tanda yang kuat bahawa tempat tersebut cetek.
SKALA TINGKAT KESUKARAN SUNGAI
Dengan pengetahuan tentang sifat dan dinamik sungai di atas maka dengan segera kita boleh mengatisipasi pada masa tertentu, apabila kita berada dalam kesulitan. Keadaan yang mengatakan bahawa sungai berjeram itu sukar atau tidak, ditunjukkan melalui skala tingkat kesukaran sungai. Pada masa ini terdapat 2 skala yang dikenali dalam sukan arung jeram, iaitu:
INTERNATIONAL SCALE
Angka ukurannya adalah I sehingga VI ,I = mudah dan VI = amat sukar dan tidak mungkin dilalui.  Nombor skala kesukaran ini hanya digunakan di sungai-sungai Amerika Utara dan juga Eropah.
WESTERN SCALE
Angka skala ini diperkenalkan oleh penguasa Grand Canyon di Amerika iaitu Doc Marston.Ukurannya berkisar 1 sd 10. Angka skala ini umumnya hanya digunakan di sungai bahagian Barat Amerika, salah satunya Colorado.
INTERNATIONAL SCALE
WESTERN SCALE
DESCRIPTION

0
I
air mendatar dan tenang
1 -2
II
Ombak beralun kecil, mudah dan tidak ada rintangan / halangan yang bererti. Lintasan jalur / alur sungai sangat jelas
3-4
III
tingkat kesulitan jeram agak sederhana, sedang, dan laluan jalur / alur sungai sangat jelas. Memerlukan pengalaman yang cukup ditambah peralatan dan bot yang mencukupi.
5-6
IV
Sulit, ombak beralun tinggi dan tak beraturan, berbatu-batu, banyak pusaran air, jeram berlintasan sangat jelas tapi sempit. Untuk mengharunginya diperlukan keahlian meng-kendalikan perahu.
7-8
V
Sangat sukar, aliran sungai berjeram panjang dan berturut-turut dan berombak kuat, tak beraturan dan banyak batuan yang membahayakan, pusaran air yang berbuih-buih, lintasan sukar diintai.Diperlukan kawalan yang tepat dan cepat.Diutamakan awak perahu yang berpengalaman dan kelengkapan yang terbaik . 
9-10
VI
Teramat sangat sukar, jeramnya sukar dikawal berbahaya dan berturut-turut sepanjang jarak tertentu.Diantara peserta tidak ada kesempatan saling menyapa, kerana bila-bila masa dihadapi arus berbahaya, aliran yang sangat curam.keadaaan seperti ini sangat memerlukan kemahiran dan kelengkapan yang terbaik . Seluruh peserta perlu berhati-hati.
U
Sama sekali tidak mungkin dilalui.

PENGETAHUAN ASAS ARUNG JERAM
Kemahiran arung jeram memerlukan masa untuk berkembang. Kemampuan membaca sifat sungai semata-mata tidak hanya bergantung kepada keupayaan intelektual, tetapi juga seringnya mempelajari dan mengharungi sungai itu sendiri. Dengan kata lain, kemampuan mengendalikan perahu memerlukan pengertian dan pemahaman tentang segala teknik mendayung dan banyak latihan. Jadi pada asasnya merupakan gabungan antara pengetahuan teori dan pengalaman.Bagi yang baru berkecimpung, sungai yang tenang merupakan pilihan tempat berlatih,ansur maju dengan meningkatkan pada sungai yang lebih sukar.
TEKNIK MENDAYUNG
Secara am perahu getah dikendalikan dengan dua cara:
1. Hanya seorang yang mendayung dengan dua buah dayung panjang. Pendayung itu sekaligus berfungsi sebagai kapten di perahu tersebut. Sistem ini disebut OAR TECHNIQUES.
2. Seluruh pesrta mendayung dan seorang sebagai kapten. Sistem ini disebut PADDLERAFT TECHNIQUES.
MENGATUR POSISI DUDUK PADA PERAHU GETAH
 Duduk di perahu getah sebenarnya tidak ada peraturan, kerana bergantung dari rasa keseimbangan dan kemudahan yang ada pada setiap peserta. Namun begitu cara duduk yang dikenali selama ini ada dua: Pertama dengan duduk seperti menunggang kuda (Cowboy style) di mana kedua-dua kaki menjepit lingkaran tabung hawa perahu. Cara kedua adalah seperti orang perempuan duduk membonceng motosikal, di mana kedua-dua kaki masuk ke bahagian dalam perahu.
Bagi peserta yang memilih duduk dengan cara cowboy style harus selalu berhati-hati dan akan menarik kaki bahagian luar ke dalam ketika perahu akan melanggar batu. Pada tetapan kedudukan peserta dibahagikan agar kekuatan seimbang diantara kedua-dua sisi bot, dan apabila jumlahnya ganjil, maka ada yang duduk dibelakang perahu dan bertindak sebagai kapten dan memandu, mengarahkan bot ketika satu sisi atau lain mendayung tidak serentak.
GERAK DAN ARAH MENDAYUNG
Dalam mendayung tidak perlu berlebihan tanpa arah yang tepat. Tetapi apabila diperlukan tambahan kelajuan, maka masukkan daun dayung ke dalam air dan kayuh dengan tenaga penuh. Pada masa ini otot perut dan tangan diggunakan untuk mendapatkan tenaga yang optimum dan berkesan.
DAYUNG MAJU (FORWARD STROKES)
Dimulakan dengan menolak daun dayung ke muka dengan tangan sebelah luar. Kemudian tahan seketika kedudukan ini dengan kuat dorong pegangan dayung ke muka untuk menekan daun dayung dalam-dalam ke air. Teruskan mendayung dengan menolak pegangan sekaligus menarik gagang dayung, dengan mempertahankan daun pendayung pada sudut yang benar sehingga dayung berada di bawah punggung. Keluarkan daun dayung dan main daun dayung sejajar permukaan air. Ulangi lagi. Ini sering disebut dengan dayung kuat. Jenis mendayung maju lain adalah dengan meletakkan dayung lebih ke luar.
DAYUNG BALIK (BACK STROKE)
Kebalikan dari forward stroke. Celupkan daun dayung ke dalam air sehingga jauh ke belakang punggung, kemudian sokong gagang kemuka sambil menarik pegangan ke belakang dan gerakan ini berakhir ketika daun dayung berada pada kedudukan awal dayung maju.
DAYUNG TARIK (DRAW STROKE)
dilakukan dengan daun dayung dicedok jauh ke tepi dan kemudian tarik ke arah perahu dengan lurus.
DAYUNG MENYAMPING (PRY STROKE)
Merupakan pelengkap untuk mengendalikan perahu dan biasanya dilakukan kapten yang duduk di bahagian belakang untuk mengendalikan perahu.
ARAHAN DAN KAPTEN
arung jeram memerlukan tindakan dan keputusan yang cepat dan tepat kerana setiap  perahu memerlukan seorang pemimpin / kapten untuk menyeragamkan tindakan secara seluruh. Seorang kapten tidak perlu harus mempunyai status atau kekuatan tertentu, tapi harus pandai membaca situasi sungai, dia merupakan seorang ketua, yang  bertindak mengendalikan perahu melalui Arahan-Arahan. Yang paling sesuai apabila semua mendapat peserta diberi peluang menjadi kapten.Bagi pemula, menjadi kapten bererti mempercepatkan proses peningkatan kemampuan dan kemahiran berarung jeram. Memandangkan perlunya komunikasi yang seragam antara peserta dengan kapten, secara sepakat perlu diluluskan adanya arahan semula jelas dan ringkas:
1. Maju, semua mendayung maju.
2. Kuat, semua mendayung kuat.
3. Dayung balik, semua mendayung balik.
4. Belok kanan, sebelah kanan mendayung balik, sebelah kiri mendayung maju.
5. Belok kiri, sebelah kiri mendayung balik, sebelah kanan mendayung maju.
6. Tarik kanan, sebelah kanan dayung tarik, sebelah kiri dayung menyamping.
7. Tarik kiri, sebelah kiri dayung tarik, sebelah kanan dayung menyamping.
8. Tahan, (hanya sesuai digunakan oleh ketua sahaja)
Selain itu ada 2 jenis arahan lain yang digunakan pada saat tertentu, iaitu ketika kapten mahukan perahu bergerak ke kiri atau ke kanan dengan cepat dengan hidung perahu bergerak lebih ke luar lagi. Kedua-dua macam arahan tersebut:
1.Pancung kanan, sebelah kiri dayung maju kuat, pendayung hadapan maju ke hidung perahu dan melakukan dayung kuat kearah kanan perahu, sebelah kanan dayung tarik.
2.Pancung kiri, sebelah kanan dayung maju kuat, pendayung hadapan maju sampai hidung perahu dan melakukan dayung kuat ke arah kiri perahu, sebelah kiri dayung tarik.
Untuk menyatakan pendayung berhenti mendayung, kapten boleh melaungkan arahan stop atau berhenti.
Manuver perahu
merupakan teknik asas manuver. Digunakan ketika melalui selekoh sungai dan mengelakkan halangan / rintangan jeram. Ada 2 jenis arahan perahu, haluan menuju ke hulu (Bow Upstream ferry) dan haluan menghala ke hilir (Bow Downstream ferry). Bow Upstream ferry dilakukan dengan dayung maju dan mengarah kedudukan perahu ke hulu dengan sudut 45 darjah, terhadap aliran arus dan perahu akan menuju arah yang diingini. Sebaliknya Bow Downstream ferry dilakukan dengan dayung balik dan mengarahkan belakang ke hulu dengan sudut 45 darjah ke arah tempat yang dikehendak
Jika kelajuan perahu ke hilir ingin dikurangkan, maka lakukan Bow Upstream ferry dengan sudut kurang daripada 45 darjah dan sebaliknya memperbesarkan sudut hingga tepat atau mendekati aliran alur sungai. Umumnya sudut ferry sebanyak 45 darjah adalah sudut optimum. Sudut ferry adalah sudut antara perahu dengan arah aliran sungai bukan dengan tepi sungai. Pada alirana air yang perlahan mungkin melakukan ferry lurus memotong aliran arus air, tetapi dengan arus cepat, kebanyakan usaha memotong aliran arus dilakukan dengan ferry bersudut ox sampai 45 darjah.
PENGINTAIAN (SCOUTING)
pengintaian untuk melihat jeram yang belum dikenali, selelu dipandang sebagai tindakan yang bijaksana. Pengintaian beberapa jeram meliputi pencarian tempat mendarat yang selamat, bebas dari air yang menyukarkan. Semua dilakukan dengan berjalan sepanjang tepi sungai untuk mengetahui dan mencari bagaimana kesukaran dan bahaya yang mungkin akan berlaku apabila melakukan aktiviti arung jeram..
Pentingnya melakukan pemantauan terhadap situasi sungai berjeram kerana ia berkaitan dengan beberapa faktor penentu untuk memutuskan untuk merentasi jeram tertentu atau tidak. Adapun factor tersebut adalah seperti berikut:
1. Panjang, kesukaran dan bahaya jeram yang berkaitan.
2. Bagaimana sifat-sifat air yang berada di bawah jeram.
3. Kesanggupan dan kemampuan peserta untuk menyelamatkan diri pada jeram yang sukar.
4. Persiapan mental secara keselurukan.

PERANCANAAN JALUR (PLANNING A COURSE)
Sebelum merentasi jeram, tentukan laluan mana yang mungkin dipilih, kerana apabila diperhatikan dengan teliti terdapat banyak alur jeram yang secara langsung merupakan rintangan yang perlu dielakkan. Pilih pusat yang paling mudah. Dengan merentasi suatu laluan jeram yang tepat, bererti jeram yang dilalui tersebut tidak perlu dengan melakukan dayungan secara berlebihan. Cukup mengikuti kelajuan aliran arus air yang ada pada jeram tersebut.Pada aliran yang bertenaga kuat, minimumkan usaha manuver, kerana dayungan cenderung memepercepat keadaan perahu terbalik. Sebab akhir dari aliran arus yang kuat membentuk ombak dan gelombang yang tinggi.
Dalam memutuskan suatu jalur tetentu, risiko melakukan kesalahan perlu diambil kira. Kerap kali setelah kita menentukan suatu jalur, berkali-kali harus diamati dari mulut hingga kaki lidah air.Setelah berjaya melalui aliran di antara batu-batu, maka jalur-jalur aliran tersebut dipelajari dan diingat kembali untuk digunakan sebagai panduan dalam aktiviti pengarungan seterusnya.
MENGHADAPI KEADAAN SUKAR
Suatu keadaan kecemasan dalam sukan arung jeram disebabkan beberapa perkara seperti berikut:
Melanggar batu yang muncul di permukaan air, umumnya jarang mengakibatkan perlanggaran bila diatasi dengan cepat dan tidak panik. Jika pertembungan dengan batu tidak mungkin dielakkan, maka arahkan haluan ke batu tersebut. Akibat dari tindakan ini, perahu akan terhenti seketika. Lakukan langkah-langkah keselamatan dengan kedudukan siap mendayung untuk keluar dari situasi berbahayake sebelah hulu.

TERPERANGKAP DI BATU (WARPER)
Apabila perahu melanggar batu di sebelah kiri / kanan maka seluruh peserta dari sisi lain harus segera berpindah ke sisi di mana perahu itu melekat di batu. Dorongan arus yang kuat dari hulu akan mengengkat naik perahu dan menolak perahu untuk bergerak.

TERBALIK
Bila perahu akan terbalik, waspada dan hati-hatilah terhadap bahaya seterusnya, baik terhadap benda-benda keras di dalam perahu atau batu itu sendiri. Jika perahu akibat dari pertembungan itu terbalik, maka peserta perlu melompat ke arah yang bebas dan selamat. Bagi peserta yang tidak dapat akan lepas dari perahu yang terbalik, tertutup dalam bahagian perahu yang terbalikAkan keluarlah pada situasi seperti ini, sehingga akan terhindar dari pertembungan batu bahagian bawah yang tidak kelihatan.
NOTA: Bila melanggar batu dengan haluan di muka, reaksi dan respon orang-orang mestilah berpindah ke bahagian tengah, dengan demikian perahu akan terhindar dari terbalik atau terangkat melekat pada batu.
Perahu yang terbalik dan tidak boleh dikembalikan ke posisi semula dengan ringan / mudah, maka tali dan tenaga aliran sungai dari hulu boleh membantunya, dan ini dilakukan setelah perahu tidak dari aliran arus yang kuat dan berjeram. Peserta  perlu naik ke sisi perahu yang menghala ke hulu. Setelah perahu disengetkan dengan bantuan tali arus sungai dari bahagian hulu akan membantu mendorong bahagian bawah supaya mudah diterbalikkan semula.

BERENANG DI JERAM
 Bila pesertaterjatuh dari perahu, buat isyarat agar diketahui oleh rakan yang lain.Berenanglah ke arah tepi atau ke arah perahu. Posisi berenang yang betul pada sungai yang berjeram dan berbatu iaitu dengan muka menghadap ke hilir. Tetapi pada jeram tanpa batu, kedudukan berenang adalah mendatar di atas perut seperti biasa. Bagaimanapun ketika berenang perlu memperhatikan rintangan atau halangan batu di depan, mengambil kira arah arus agar dapat menghindar terhadap rintangan seterusnya.